Senin, 11 Maret 2013

Mendefinisikan Hewan


HARIMAU SIBERIA

                      

   Harimau Siberia (Panthera tigris altaica), juga dikenali sebagai harimau Amur, harimau Manchuria atau harimau Ussuri merupakan subspesies harimau nadir yang benar-benar terkurung di kawasan Amur di Timur Jauh yang kininya telah dilindungi. Ia dianggap antara 9 subspesies harimau terbesar dan ahli terbesar famili Felidae. Harimau Siberia adalah harimau  yang paling terbesar . Harimau jantan yang matang mencapai purata panjang kepala dan badan antara 190-230 sm (75-90 in). Harimau betina terbesar yang pernah dicatatkan adalah di antara 350 sm (138 in)  Panjang ekor harimau jantan dewasa sepenuhnya adalah sekitar 1 m (39 in). Beratnya sehingga 318 kg (700 lb) yang pernah direkodkan tetapi harimau jantan yang luar biasa mempunyai berat lebih daripada 384 kg (847 lb) sebagaimana yang disebut dalam kepustakaan. Harimau betina biasanya lebih kecil dari harimau jantan.
Pada perkembangbiakannya Harimau Siberia, mencapai kematangan seks ketika berumur 4 tahun dan mengawan pada bila-bila masa sahaja sepanjang tahun. . Harimau betina menandakan keterbukaannya dengan meninggalkan endapan urin dan akan mencakar tanda pada pokok. Harimau betina akan menghabiskan masa selama seminggu dengan harimau jantan ketika ia terbuka selama tiga hari. Kebuntingan berlanjutan antara 3–3½ bulan. Anak yang dihasilkan dalam perkembangbiakan tersebut biasanya mencapai 3 atau 4 anak harimau tetapi tidak menutup kemungkinan juga sebanyak 6 anak harimau.
Harimau Siberia termasuk kedalam kelompok jenis hewan karnivora. Ia memburu mangsanya terutama rusa merah yang membentuk 65-90% dietnya di Timur Jauh Rusia. Mangsa utama lain ialah elk, kijang, rusa sika, rusa kesturi dan goral. Ia juga akan memburu mangsa yang lebih kecil seperti lagomorf (arnab dan pika) serta ikan, termasuk salmon dan diketahui pernah memburu beruang.
Harimau Siberia juga dijadikan simbol di Siberia yang memiliki arti tertentu dari simbol tersebut. Dan harimau ini memiliki beberapa jejak sejarah. Pelana Zaman Besi dari Siberia menggambarkan harimau Siberia sedang memburu elk.
Orang Tungus menganggap harimau Siberia sebagai hampir dewa dan sering merujuk kepada "Grandfather" or "Old man". Orang Udeg dan Nanai memanggilnya "Amba". Orang Manchu pula menganggap harimau Siberia sebagai "Hu Lin" iaitu raja. Kumpulan paling elit Tentera Empayar Cina dalam Dinasti Manchu Qing yang dipanggil sebagai "Hu Shen Yin", secara harfiahnya bermaksud Tentera Tuhan Harimau.
Pada tahun awal Perang Sudara Rusia, kedua-dua tentera Merah dan Putih yang pangkalannya terletak di Vladivostok hampir melenyapkan harimau Siberia tempatan. Pada tahun 1935, apabila Orang Manchu China dihantar pulang menyeberangi Amur dan Ussuri, harimau sudah pun beredar dari kawasan utara dan barat. Beberapa saki baki harimau di pergunungan Manchuria Timur telah terputus daripada taburan utama dengan pembinaan jalan kereta api. Dalam beberapa tahun, taburan harimau Siberia yang berdaya hidup terbatas di Ussuriland. Pemburuan harimau haram di Soviet Union telah diteruskan sehingga tahun 1947 semasa ia dilarang secara rasmi. Pada tahun 1962, harimau terakhir di Heilongjiang telah dilindungi. Pada pertengahan tahun 1980-an, jumlah harimau Siberia dianggarkan kira-kira 250 ekor.  Pada tahun 1987, undang-undang dan arahan telah berakhir sepenuhnya setelah kejatuhan Soviet Union. Kemudiannya, Penebangan hutan secara haram dan penyogokan renjer taman menjadikan kegiatan penyeludupan harimau Siberia lebih mudah menyebabkan subspesies terbabit berada dalam risiko kepupusan. Namun demikian, penubuhan Projek Harimau Siberia pada tahun 1992, Harimau Siberia telah menampakkan pemulihan yang stabil. Asas kejayaannya telah diselidik dengan teliti secara besar-besaran membawa kepada kajian harimau tunggal yang paling lama, Olga Project Tiger #1. Kajian ini menumpukan kepada usaha pemuliharaan bagi mengurangkan jumlah kematian harimau dan memperbaik kualiti habitat sebaik mungkin. Projek berkenaan termasuklah rondaan anticeroboh, perundingan dengan kerajaan tempatan berhubung dengan konflik manusia dan harimau, mengurangkan berlakunya pembalakan haram dan sebagainya.
Berbeda dengan harimau Benggala, harimau Siberia amat jarang makan manusia. Pada masa ini, hanya enam serangan tanpa ganggu di Rusia menyebabkan tingkah laku makan manusia. Bagaimanapun, serangan yang diganggu lebih kerap berlaku yang biasanya percobaan menangkapnya tidak berkesan.
Kejadian di Zoo San Francisco pada 25 Disember 2007, harimau Siberia yang bernama Tatiana terlepas dan membunuh seorang pelawat dan mencederakan dua yang lain. Harimau tersebut telah ditembak mati oleh polisi. Zoo tersebut dikritik karena mengekalkan pagar setinggi 12 1/2 kaki (3.8 m) di keliling kurungan harimau sementara piawai antarabangsa adalah 16 kaki (4.8 m). Zoo tersebut kemudian mendirikan penghalang yang lebih tinggi yang atasnya dibina pagar elektrik.

Sumber :
Wikipedia Ensiklopedia Bebas

Tidak ada komentar:

Posting Komentar