HARIMAU SIBERIA
Harimau Siberia (Panthera tigris
altaica), juga dikenali sebagai harimau Amur, harimau Manchuria atau harimau
Ussuri merupakan subspesies harimau nadir yang benar-benar terkurung di kawasan
Amur di Timur Jauh yang kininya telah dilindungi. Ia dianggap antara 9
subspesies harimau terbesar dan ahli terbesar famili Felidae. Harimau Siberia
adalah harimau yang paling terbesar .
Harimau jantan yang matang mencapai purata panjang kepala dan badan antara
190-230 sm (75-90 in). Harimau betina terbesar yang pernah dicatatkan adalah di
antara 350 sm (138 in) Panjang ekor
harimau jantan dewasa sepenuhnya adalah sekitar 1 m (39 in). Beratnya sehingga
318 kg (700 lb) yang pernah direkodkan tetapi harimau jantan yang luar biasa
mempunyai berat lebih daripada 384 kg (847 lb) sebagaimana yang disebut dalam
kepustakaan. Harimau betina biasanya lebih kecil dari harimau jantan.
Pada perkembangbiakannya Harimau
Siberia, mencapai kematangan seks ketika berumur 4 tahun dan mengawan pada
bila-bila masa sahaja sepanjang tahun. . Harimau betina menandakan keterbukaannya
dengan meninggalkan endapan urin dan akan mencakar tanda pada pokok. Harimau
betina akan menghabiskan masa selama seminggu dengan harimau jantan ketika ia
terbuka selama tiga hari. Kebuntingan berlanjutan antara 3–3½ bulan. Anak yang dihasilkan
dalam perkembangbiakan tersebut biasanya mencapai 3 atau 4 anak harimau tetapi
tidak menutup kemungkinan juga sebanyak 6 anak harimau.
Harimau Siberia termasuk kedalam
kelompok jenis hewan karnivora. Ia memburu mangsanya terutama rusa merah yang
membentuk 65-90% dietnya di Timur Jauh Rusia. Mangsa utama lain ialah elk,
kijang, rusa sika, rusa kesturi dan goral. Ia juga akan memburu mangsa yang
lebih kecil seperti lagomorf (arnab dan pika) serta ikan, termasuk salmon dan
diketahui pernah memburu beruang.
Harimau Siberia juga dijadikan simbol
di Siberia yang memiliki arti tertentu dari simbol tersebut. Dan harimau ini
memiliki beberapa jejak sejarah. Pelana Zaman Besi dari Siberia menggambarkan
harimau Siberia sedang memburu elk.
Orang Tungus menganggap harimau Siberia
sebagai hampir dewa dan sering merujuk kepada "Grandfather" or
"Old man". Orang Udeg dan Nanai memanggilnya "Amba". Orang
Manchu pula menganggap harimau Siberia sebagai "Hu Lin" iaitu raja. Kumpulan
paling elit Tentera Empayar Cina dalam Dinasti Manchu Qing yang dipanggil
sebagai "Hu Shen Yin", secara harfiahnya bermaksud Tentera Tuhan
Harimau.
Pada tahun awal Perang Sudara Rusia,
kedua-dua tentera Merah dan Putih yang pangkalannya terletak di Vladivostok
hampir melenyapkan harimau Siberia tempatan. Pada tahun 1935, apabila Orang
Manchu China dihantar pulang menyeberangi Amur dan Ussuri, harimau sudah pun
beredar dari kawasan utara dan barat. Beberapa saki baki harimau di pergunungan
Manchuria Timur telah terputus daripada taburan utama dengan pembinaan jalan
kereta api. Dalam beberapa tahun, taburan harimau Siberia yang berdaya hidup
terbatas di Ussuriland. Pemburuan harimau haram di Soviet Union telah
diteruskan sehingga tahun 1947 semasa ia dilarang secara rasmi. Pada tahun
1962, harimau terakhir di Heilongjiang telah dilindungi. Pada pertengahan tahun
1980-an, jumlah harimau Siberia dianggarkan kira-kira 250 ekor. Pada tahun 1987, undang-undang dan arahan
telah berakhir sepenuhnya setelah kejatuhan Soviet Union. Kemudiannya,
Penebangan hutan secara haram dan penyogokan renjer taman menjadikan kegiatan
penyeludupan harimau Siberia lebih mudah menyebabkan subspesies terbabit berada
dalam risiko kepupusan. Namun demikian, penubuhan Projek Harimau Siberia pada
tahun 1992, Harimau Siberia telah menampakkan pemulihan yang stabil. Asas
kejayaannya telah diselidik dengan teliti secara besar-besaran membawa kepada
kajian harimau tunggal yang paling lama, Olga Project Tiger #1. Kajian ini
menumpukan kepada usaha pemuliharaan bagi mengurangkan jumlah kematian harimau
dan memperbaik kualiti habitat sebaik mungkin. Projek berkenaan termasuklah
rondaan anticeroboh, perundingan dengan kerajaan tempatan berhubung dengan
konflik manusia dan harimau, mengurangkan berlakunya pembalakan haram dan
sebagainya.
Berbeda dengan harimau Benggala,
harimau Siberia amat jarang makan manusia. Pada masa ini, hanya enam serangan
tanpa ganggu di Rusia menyebabkan tingkah laku makan manusia. Bagaimanapun,
serangan yang diganggu lebih kerap berlaku yang biasanya percobaan menangkapnya
tidak berkesan.
Kejadian di Zoo San Francisco pada 25
Disember 2007, harimau Siberia yang bernama Tatiana terlepas dan membunuh
seorang pelawat dan mencederakan dua yang lain. Harimau tersebut telah ditembak
mati oleh polisi. Zoo tersebut dikritik karena mengekalkan pagar setinggi 12
1/2 kaki (3.8 m) di keliling kurungan harimau sementara piawai antarabangsa
adalah 16 kaki (4.8 m). Zoo tersebut kemudian mendirikan penghalang yang lebih
tinggi yang atasnya dibina pagar elektrik.
Sumber
:
Wikipedia Ensiklopedia
Bebas
Tidak ada komentar:
Posting Komentar